Harga petrol, diesel bagi bulan Mei 2016 tidak berubah

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol dan diesel bagi Mei 2016 kekal pada harga semasa.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman, ketika dihubungi akhbar The Star, mengesahkan perkara tersebut.

Beliau berkata, harga runcit bagi petrol RON95 kekal pada harga RM1.70 seliter, RON97 berharga RM2.05 seliter manakala diesel pada harga RM1.55 seliter.
Harga petrol, diesel bagi bulan Mei 2016 tidak berubah

Harga runcit bagi petrol RON95 kekal pada harga RM1.70 seliter. – Foto Fail

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memilih untuk menetapkan harga petrol dan diesel pada sistem apungan terurus sejak 1 Disember tahun lepas berikutan penyingkiran subsidi bahan api.

Leave a Reply

Or