Harga RON95, RON97 kekal pada Mac 2017

Harga RON95, RON97 kekal pada Mac

Harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel kekal pada RM2.30 dan RM2.60 seliter pada Mac. – INGOGRAFIK Astro AWANI
 
KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 kekal pada RM2.30 dan RM2.60 seliter pada Mac.

Mengikut laporan, ia tidak berubah untuk bulan kedua selepas kenaikan 20 sen bagi RON95 dan 15 sen bagi RON97 pada 1 Januari 2017.

Bagaimanapun, Diesel Euro 2 dan Diesel Euro 5 naik lima sen kepada RM2.20 dan RM2.30 sementara VPR pula turun lima sen kepada RM3.20 dan kerosin turun 10 sen kepada RM3.50.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebelum ini memilih untuk menetapkan harga petrol dan diesel pada sistem apungan terurus sejak 1 Disember tahun lepas berikutan penyingkiran subsidi bahan api.

Tagged with: , , , ,

Leave a Reply

Or