Hari Keputeraan Agong pada 9 September

 

KERAJAAN bersetuju sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V bagi 2017 dipinda ke 9 September (Sabtu).

Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya menerusi satu kenyataan, hari ini berkata, sebelum ini tarikh sambutan diumumkan adalah 29 Julai, namun dipinda ke tarikh berkenaan.

“Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan bersetuju supaya Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V bagi 2017 dipinda dari Sabtu, 29 Julai kepada Sabtu 9 September 2017,” kata kenyataan itu.

 
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Julai 2017 @ 12:43 PM

 

Tagged with: , , ,

Leave a Reply

Or